Archive for November, 2009

Kisah Tarik Kereta Dan Bank…

Posted: November 30, 2009 in My live

Berita pagi tadi memberitahu bahawa Hire Purchase Act (HP Act) akan dikaji semula kerana Akta yang ada sekarang ini memberikan ruang yang cukup banyak kepada pihak bank untuk menindas peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka. Antara cas (charge) yang disebut ialah upah tarik, cas (charge) storage (penyimpanan) dan satu lagi, saya terlupa.

Yang tidak disebut ialah cas guaman, duit kopi dan segala kesukaran dan tekanan secara fizikal dan emosi yang diterima oleh peminjam.

Sudah terlalu lama peminjam ditindas, undang-undang tidak memihak kepada mereka sedangkan merekalah yang patut mendapat pembelaan dan jika tiada peminjam maka tiada juga bank… sepatutnya benda ini dah lama diambil perhatian oleh pihak berwajib.

Namun kata pepatah orang putih” better late than never”. Jadi saya sebagai seorang peminjam amat mengalu-alukan langkah-langkah baru ini dan diharap pekerja bank, bank Negara dan orang ramai sama-sama memikul tanggungjawab bagi merealisasikan perubahan ini.

Bagi mereka yang pernah melalui waktu-waktu perit dan tak mampu membayar ansuran pinjaman, tentu faham sangat tekanan yang diberi.

Selain dari kenderaan akan ditarik bila-bila masa selepas 3 bulan 21 hari, ada pekerja bank yang makan duit kopi dari tukang tarik – selain dari membekalkan maklumat peminjam, pegawai bank ini bersekongkol dengan penarik kereta untuk habuan dengan :-

  1. Stop payment – tidak membenarkan bayaran dibuat jika penarik kereta inform yg kenderaan yang lewat membayar telah dijumpai.
  2. Surat RO hanya di fax atau e-mail kepada penarik kereta bila kereta telah dijumpai – bererti peminjam tak tahu pun RO (Repossessing Order) telah dikeluarkan dan jika sudah dikeluarkan kekadang bukan kepada penarik kereta itu tapi kepada penarik kereta yang lain.
  3. Kadang-kadang peminjam berjanji dengan bank akan membayar pada contoh : 5/11/09 tapi kenderaan ditarik pada 4/11/09 dan peminjam terpaksa melunaskan bayaran tambahan sedangkan jika bank tetap pada janjinya peminjam memang dapat melunaskan mungkin lebih dari yang tertunggak.
  4. Kenderaan yang ditarik diguna-pakai oleh penarik kereta sebelum dan ada waktu kenderaan yang ditarik hilang langsung tidak diserah kepada bank. Dalam bahasa “mereka” ini dipanggil “duri”, silap haribulan terlepas jual ke Thailand.
  5. Bank hantar surat saman biarpun menerima bayaran (kes macam ni biasanya untuk kes bayaran yang tertunggak contoh : peminjam memang ada tunggakan tapi masih membayar contoh hutang 3 bayar 1 atau 2, jadi memang ada tertunggak dan pihak bank pulak sewenang-wenangnya hantar surat saman kat peminjam sedangkan bank masih menerima bayaran – dan cas tetap peminjam yang kena bayar.
  6. Ada 1 kes terbaharu kat tangan saya sekarang ni ialah, bulan 9 bank hantar 1 surat lawyer NOD (Notice of Demand) dikeluarkan oleh satu firma guaman dan pada bulan 10 satu surat lagi oleh firma guaman yang lain. So macamana ni?
  7. Bila kenderaan dah ditarik dan katalah peminjam tak mampu nak tebus balik, kenderaan ini akan dilelong dan sekiranya harga lelong kurang dari hutang, maka pihak bank akan mengambil tindakan sivil kepada peminjam.

Kesian kepada peminjam, sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap dek pasu bunga lalu dilanggar oleh lori trailer… Lihatlah betapa zalimnya system pentadbiran yang ada di Negaraku yang tercinta ini yang Islam itu agama rasminya.

Penindasan yang halus tanpa disedari.

Bagi para peminjam pula, ketahuilah hak-hak sebagai peminjam dan ambil tahu sikit pekara-pekara seperti undang-undang tarik kereta. Kalau ikut undang-undang, kereta dalam kawasan tertutup contoh : porch – mereka tak boleh tarik . Tapi mereka buat apa? Nak tahu? Baca terus…

Kereta dalam Porch

Mereka akan “ambush” i.e mereka tunggu sejak subuh-subuh dan bila orang dirumah bukak pintu pagar untuk hantar anak ke sekolah atau keluar pergi kerja mereka akan masuk dan paksa kita serah kunci;

Kalau orang tak de rumah, mereka akan angkat pagar, keluarkan kereta dan ambil gambar (kononnya ambik kat luar rumah)

Kereta kat Public Parking

Mereka boleh tarik tapi hanya waktu pejabat dan pada hari bekerja sahaja.

Oh, lupa 2 pekara penting :-

  1. Penarik kereta ada kad kuasa dan seharusnya mereka hanya bekerja untuk institusi kewangan tersebut sahaja dan bukan kad kuasa dari CIMB tapi tarik kereta PBB.
  2. Kereta yang ditarik kena buat report polis dan kalau tak silap kena report sebelum ambik tapi sekarang mereka juga boleh buat report kat mana-mana balai dengan alasan diluar kawasan (polis pun ada masukk…)

Saya harap dengan pengisytiharan akta sewa beli ini, mereka juga akan menilai semula pekara-pekara yang disebutkan disini.

Fokus bank nak dapatkan balik pinjaman yang diberi jadi carilah jalan bagaimana bank tak rugi dan pelanggan tak menjadi mangsa.

Advertisements

SEJAUH MANA KETELUSAN BANK ISLAMIK?

Posted: November 30, 2009 in My live

 

SEJAUH MANA KETELUSAN BANK ISLAMIK?
———— ——— ——— ——— –
Jika dilayan kata kata staff bank islamik, memang sedap dia kutuk sistem loan konvensional yang kononnya tak telus dari segi jumlah interest yang dikenakan.
Tetapi cuba anda tengok sendiri pinjaman islamik terutamanya pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Mereka kata pinjaman islamik bukan terjemahan dari pinjaman konvensional, tetapi bila saya selidik, saya mendapati ianya hanyalah copy-cat produk konvensional sahaja.
Apa buktinya?
Saya ambil contoh pinjaman peribadi di sebuah bank R ini. Pinjaman ditawarkan pada 5.6% setahun sahaja untuk tempoh 5 tahun. Pinjam RM10,000, sebulan bayar RM 213 sahaja selama 60 bulan. Kononnya cukup murah 5.6% sahaja bang!
Ramai orang tak tahu, 5.6% setahun itu bukanlah kadar sebenar pinjaman. Sebaliknya ianya adalah kadar nominal sahaja. Dalam erti kata lain, kadar pada nama sahaja. Pinjaman islamik meniru sahaja format pinjaman peribadi konvensional, yang gemar publishkan kadar
nominal, dan bukannya kadar sebenar.
Kadar sebenar untuk pinjaman tersebut, perlu anda rujuk mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate) dalam loan agreement anda. Itulah kadar sebenar pinjaman anda dan ia dinyatakan pada kadar 10.2% setahun.
Kalau anda tak percaya cakap saya, cuba anda kira pinjaman RM10,000 untuk tempoh 5 tahun dan kadar interest 10.2% setahun, dengan menggunakan calculator loan rumah. Anda akan dapat bayaran bulanan RM 213 sebulan sama seperti pengiraan kadar nominal di atas.
Persoalannya – Mengapa staff bank islamik tak cakap hal ini awal-awal? Mereka ni tak tahu menahu ke? Of course, sebenarnya ramai orang bank islamik, tak tahu menahu perkara ini, termasuklah penasihat syariah mereka sendiri. Pengetahuan mereka banyak bersandarkan ilmu agama sahaja. Bila bab promosi, mereka promosikan dengan cara condemn bank konvensional, sedangkan produk mereka copy-cat sebijik sebijik dan tidak telus macam konvensional. Iklan kadar lain, caj sebenar kadar lain!
NILAIKAN SENDIRI ZALIM ATAU TIDAK?
———— ——— ——
Saya pada mulanya macam tak percaya, bila baca dalam akhbar, tukang tarik kereta langgar dan pukul si peminjam yang gagal buat bayaran ansuran kereta mereka, ketika mereka re-posses kereta tersebut. Bukan sahaja mereka dipaksa bayar duit kopi dan dikenakan caj upah tarik yang mahal, malahan ada di antara mereka diperlakukan
dalam keadaan cukup ganas. Macam tak percaya saya. Maklum sajalah, kebanyakan loan kereta dimonopoli oleh satu bank islamik ini. Takkan bank islamik ini, upah samseng rampas kereta orang?
Maka, saya dengan sendirinya cuba test bank islamik ini. Saya sengaja tak bayar ansuran kereta saya 3 bulan. Genap bulan 3 payment patut dibayar, seorang bukan Islam telefon saya di pejabat dengan nada yang kasar dan kurang ajar, menuntut saya berjumpa dengannya di bawah. Jika tidak kereta saya akan dirampas. “Turun sekarang untuk
kita bincang!”
Of course, sebagai seorang yang bijak, saya beritahu dia, kalau kau pandai pandai nak rampas kereta aku, tanpa notis bank, aku akan buat laporan polis tuduh kau mencuri. Dia marah kerana saya nak buat laporan polis atas ugutannya itu. Dalam hati saya, bukannya aku tak tahu kau nak duit kopi!
Dengan serta merta, saya pergi ke bank tersebut, untuk settlekan out-standing ansuran kereta. Clearkan semua out-standing, supaya mereka takde alasan untuk ganggu hidup saya. Setelah buat bayaran, saya sempat menjenguk di tingkat 1 bank islamik tersebut untuk tengok kaunter penyelesaian loan kereta. Berlambak tukang tarik kereta, dengan pakaian ala samseng dan polis special branch, berkeliaran di situ dengan senarai nama peminjam yang lambat bayar ansuran. Dalam kereta mereka pun, siap ada radio walkie talkie untuk mereka berkomunikasi sesama mereka. Perghh hebat! Hebat betul bank
islamik ini upah samseng tarik kereta, untuk mengugut peminjam peminjam yang bermasalah. Dah lah cakap pun kurang ajar, buat tindakan tak ikut prosedur bank, malahan ada yang sanggup gunakan kekerasan untuk rampas harta orang.
Bila kereta dilelong, of course harga kereta lelong jauh lebih rendah dari harga jualan pinjaman kereta. Si peminjam, dah lah kena caj upah tarik kereta yang mahal, kemudian setelah kereta dilelong pun, masih menanggung hutang yang tak habis sebab takde rebet rebet. Berterusanlah si peminjam kena blacklist, menanggung hutang pinjaman kereta walaupun kereta sudah dilelong.
Bila baca leaflet pinjaman kereta ini, cukup cantik – pinjaman islamik yang telus dilakukan dengan akad sewa beli. Bila anda membeli kereta dengan skim pinjaman islamik mereka, anda umpama menyewa kereta dari mereka. Orang sewa kereta, kalau dah pulangkan,
tak perlu bayar sewa lagi. Tapi peminjam yang kereta sudah dilelong pun, masih kena blacklist dan tanggung hutang yang tak sudah sudah. Of course, kesengsaraan dan kesusahan si peminjam itu terlaku kecil azabnya jika dibandingkan dengan welfare pelabur pelabur bank islamik yang perlu dijaga dan dibelai.
CONCLUSION
————
Saya rasa cukuplah disini komen saya. Karang komen banyak-banyak, orang tuduh saya ni kononnya anti islam pulak, padahal saya cuma beritahu keadaan sebenar tentang islamik loan yang diwar-warkan lebih baik dari loan konvensional yang zalim.
Pada saya, loan islamik dan loan konvensional adalah sama sahaja. Kedua dua loan, bila anda pinjam, anda kena bayar lebih dari apa yang dipinjam. Tak perlu lah pusing cerita sana sini, untuk menghalalkan bayaran lebih (riba) itu.
Sebab pada saya, hutang pinjaman yang HALAL ADALAH PINJAMAN YANG SUDAH SELESAI DILUNASKAN SEPENUHNYA. Dalam hal skim pinjaman, tak perlulah mengaku skim pinjaman anda lebih halal dan lebih mulia dari orang lain, sedangkan apa yang anda lakukan 2 x 5 sahaja dengan mereka. Tak perlu condemn condemn hak orang lain sedangkan mutu kualiti khidmat bank anda sendiri masih rendah dan ditahap lembap!
Kalau boleh, ELAKKAN MENJUAL NAMA ISLAM SEMATA MATA UNTUK TUJUAN
KOMERSIAL (MENGAUT KEUNTUNGAN). Saya pun beri khidmat mengikut hukum
syariah sahaja di mana saya jaga bab halal haram dalam produk kewangan yang saya berikan kepada pelanggan pelanggan. Tetapi saya tidak pernah nak jual nama islam, to gain any profit. That’s not my style to do business. And just becoz i dont put the word islam kat
depan, IT DOES NOT MEAN perniagaan saya tak ikut hukum islam.
Jangan menuduh sembarangan, nanti terkena muka sendiri.
Dalam bab hutang pinjaman ini, Islam menyuruh kita kurangkan berhutang. Kalau terpaksa berhutang pun, berhutanglah mengikut kemampuan. Dan bila dah berhutang tu, cepat cepatlah selesaikannya, terutamanya jika kita berhutang dengan orang bukan Islam.
Yang penting, cuba anda dalami ilmu pengurusan hutang. Ilmu ini sangat berguna dalam pengurusan kewangan kerana ia boleh membantu anda menguruskan hutang dengan lebih berkesan.
Insya-Allah, kalau ada permintaan, saya boleh anjurkan satu kelas pengurusan hutang nanti. Tengoklah keadaan macam mana nanti.
“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT”
AZHA SYAZRI HJ AZIZAN
Manager – Insurance, Takaful & Investment (AFPM)

SEJAUH MANA KETELUSAN BANK ISLAMIK? ———— ——— ——— ——— – Jika dilayan kata kata staff bank islamik, memang sedap dia kutuk sistem loan konvensional yang kononnya tak telus dari segi jumlah interest yang dikenakan.  Tetapi cuba anda tengok sendiri pinjaman islamik terutamanya pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Mereka kata pinjaman islamik bukan terjemahan dari pinjaman konvensional, tetapi bila saya selidik, saya mendapati ianya hanyalah copy-cat produk konvensional sahaja.
Apa buktinya?
Saya ambil contoh pinjaman peribadi di sebuah bank R ini. Pinjaman ditawarkan pada 5.6% setahun sahaja untuk tempoh 5 tahun. Pinjam RM10,000, sebulan bayar RM 213 sahaja selama 60 bulan. Kononnya cukup murah 5.6% sahaja bang!
Ramai orang tak tahu, 5.6% setahun itu bukanlah kadar sebenar pinjaman. Sebaliknya ianya adalah kadar nominal sahaja. Dalam erti kata lain, kadar pada nama sahaja. Pinjaman islamik meniru sahaja format pinjaman peribadi konvensional, yang gemar publishkan kadar nominal, dan bukannya kadar sebenar.
Kadar sebenar untuk pinjaman tersebut, perlu anda rujuk mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate) dalam loan agreement anda. Itulah kadar sebenar pinjaman anda dan ia dinyatakan pada kadar 10.2% setahun.
Kalau anda tak percaya cakap saya, cuba anda kira pinjaman RM10,000 untuk tempoh 5 tahun dan kadar interest 10.2% setahun, dengan menggunakan calculator loan rumah. Anda akan dapat bayaran bulanan RM 213 sebulan sama seperti pengiraan kadar nominal di atas.  Persoalannya – Mengapa staff bank islamik tak cakap hal ini awal-awal? Mereka ni tak tahu menahu ke? Of course, sebenarnya ramai orang bank islamik, tak tahu menahu perkara ini, termasuklah penasihat syariah mereka sendiri. Pengetahuan mereka banyak bersandarkan ilmu agama sahaja. Bila bab promosi, mereka promosikan dengan cara condemn bank konvensional, sedangkan produk mereka copy-cat sebijik sebijik dan tidak telus macam konvensional. Iklan kadar lain, caj sebenar kadar lain!
NILAIKAN SENDIRI ZALIM ATAU TIDAK? ———— ——— —— Saya pada mulanya macam tak percaya, bila baca dalam akhbar, tukang tarik kereta langgar dan pukul si peminjam yang gagal buat bayaran ansuran kereta mereka, ketika mereka re-posses kereta tersebut. Bukan sahaja mereka dipaksa bayar duit kopi dan dikenakan caj upah tarik yang mahal, malahan ada di antara mereka diperlakukan dalam keadaan cukup ganas. Macam tak percaya saya. Maklum sajalah, kebanyakan loan kereta dimonopoli oleh satu bank islamik ini. Takkan bank islamik ini, upah samseng rampas kereta orang?  Maka, saya dengan sendirinya cuba test bank islamik ini. Saya sengaja tak bayar ansuran kereta saya 3 bulan. Genap bulan 3 payment patut dibayar, seorang bukan Islam telefon saya di pejabat dengan nada yang kasar dan kurang ajar, menuntut saya berjumpa dengannya di bawah. Jika tidak kereta saya akan dirampas. “Turun sekarang untuk kita bincang!”
Of course, sebagai seorang yang bijak, saya beritahu dia, kalau kau pandai pandai nak rampas kereta aku, tanpa notis bank, aku akan buat laporan polis tuduh kau mencuri. Dia marah kerana saya nak buat laporan polis atas ugutannya itu. Dalam hati saya, bukannya aku tak tahu kau nak duit kopi!
Dengan serta merta, saya pergi ke bank tersebut, untuk settlekan out-standing ansuran kereta. Clearkan semua out-standing, supaya mereka takde alasan untuk ganggu hidup saya. Setelah buat bayaran, saya sempat menjenguk di tingkat 1 bank islamik tersebut untuk tengok kaunter penyelesaian loan kereta. Berlambak tukang tarik kereta, dengan pakaian ala samseng dan polis special branch, berkeliaran di situ dengan senarai nama peminjam yang lambat bayar ansuran. Dalam kereta mereka pun, siap ada radio walkie talkie untuk mereka berkomunikasi sesama mereka. Perghh hebat! Hebat betul bank islamik ini upah samseng tarik kereta, untuk mengugut peminjam peminjam yang bermasalah. Dah lah cakap pun kurang ajar, buat tindakan tak ikut prosedur bank, malahan ada yang sanggup gunakan kekerasan untuk rampas harta orang.
Bila kereta dilelong, of course harga kereta lelong jauh lebih rendah dari harga jualan pinjaman kereta. Si peminjam, dah lah kena caj upah tarik kereta yang mahal, kemudian setelah kereta dilelong pun, masih menanggung hutang yang tak habis sebab takde rebet rebet. Berterusanlah si peminjam kena blacklist, menanggung hutang pinjaman kereta walaupun kereta sudah dilelong.
Bila baca leaflet pinjaman kereta ini, cukup cantik – pinjaman islamik yang telus dilakukan dengan akad sewa beli. Bila anda membeli kereta dengan skim pinjaman islamik mereka, anda umpama menyewa kereta dari mereka. Orang sewa kereta, kalau dah pulangkan, tak perlu bayar sewa lagi. Tapi peminjam yang kereta sudah dilelong pun, masih kena blacklist dan tanggung hutang yang tak sudah sudah. Of course, kesengsaraan dan kesusahan si peminjam itu terlaku kecil azabnya jika dibandingkan dengan welfare pelabur pelabur bank islamik yang perlu dijaga dan dibelai.  CONCLUSION ————
Saya rasa cukuplah disini komen saya. Karang komen banyak-banyak, orang tuduh saya ni kononnya anti islam pulak, padahal saya cuma beritahu keadaan sebenar tentang islamik loan yang diwar-warkan lebih baik dari loan konvensional yang zalim.  Pada saya, loan islamik dan loan konvensional adalah sama sahaja. Kedua dua loan, bila anda pinjam, anda kena bayar lebih dari apa yang dipinjam. Tak perlu lah pusing cerita sana sini, untuk menghalalkan bayaran lebih (riba) itu.
Sebab pada saya, hutang pinjaman yang HALAL ADALAH PINJAMAN YANG SUDAH SELESAI DILUNASKAN SEPENUHNYA. Dalam hal skim pinjaman, tak perlulah mengaku skim pinjaman anda lebih halal dan lebih mulia dari orang lain, sedangkan apa yang anda lakukan 2 x 5 sahaja dengan mereka. Tak perlu condemn condemn hak orang lain sedangkan mutu kualiti khidmat bank anda sendiri masih rendah dan ditahap lembap!  Kalau boleh, ELAKKAN MENJUAL NAMA ISLAM SEMATA MATA UNTUK TUJUAN KOMERSIAL (MENGAUT KEUNTUNGAN). Saya pun beri khidmat mengikut hukum syariah sahaja di mana saya jaga bab halal haram dalam produk kewangan yang saya berikan kepada pelanggan pelanggan. Tetapi saya tidak pernah nak jual nama islam, to gain any profit. That’s not my style to do business. And just becoz i dont put the word islam kat depan, IT DOES NOT MEAN perniagaan saya tak ikut hukum islam. Jangan menuduh sembarangan, nanti terkena muka sendiri.
Dalam bab hutang pinjaman ini, Islam menyuruh kita kurangkan berhutang. Kalau terpaksa berhutang pun, berhutanglah mengikut kemampuan. Dan bila dah berhutang tu, cepat cepatlah selesaikannya, terutamanya jika kita berhutang dengan orang bukan Islam.
Yang penting, cuba anda dalami ilmu pengurusan hutang. Ilmu ini sangat berguna dalam pengurusan kewangan kerana ia boleh membantu anda menguruskan hutang dengan lebih berkesan. Insya-Allah, kalau ada permintaan, saya boleh anjurkan satu kelas pengurusan hutang nanti. Tengoklah keadaan macam mana nanti.   “BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT”
AZHA SYAZRI HJ AZIZANManager – Insurance, Takaful & Investment (AFPM)

 

In order to use the proxy remotely, from your remote machine create an SSH tunnel to the proxy server/port:

ssh -p 22 username@ssh-server-ip -L 8080:proxy-server-ip:proxy-port -N

Where… “-p 22” is the default port of your SSH server (change it if it is different), “username” is your username on the SSH server, “ssh-server-ip” is the IP address of your remote SSH server, “proxy-server-ip” is the local IP address of your proxy server (i.e. its internal address, 192.168.1.whatever – If the SSH server and proxy server are on the same machine, use 127.0.0.1), and “proxy-port” is the… proxy port (8080 if you’ve been following along).

Now, you can go into a web browser on your remote machine, to proxy settings, and for the IP of the proxy server, type “localhost” OR “127.0.0.1” and for the port, 8080. Your web traffic will now be tunneled across SSH to your server, then passed to your proxy server for protected surfing!

 

 

Antivirus tools in Debian and Ubuntu

Posted: November 30, 2009 in Debian

There are not many anti-virus tools included with Debian GNU/Linux, probably because GNU/Linux users are not plagued by viruses.

The Unix security model makes a distinction between privileged (root) processes and user-owned processes, therefore a “hostile” executable that a non-root user receives or creates and then executes cannot “infect” or otherwise manipulate the whole system.

However, GNU/Linux worms and viruses do exist, although there has not (yet, hopefully) been any that has spread in the wild over any Debian distribution. In any case, administrators might want to build up anti-virus gateways that protect against viruses arising on other, more vulnerable systems in their network.

Debian GNU/Linux currently provides the following tools for building antivirus environments:

  • Clam Antivirus, provided since Debian sarge (3.1 release). Packages are provided both for the virus scanner (clamav) for the scanner daemon (clamav-daemon) and for the data files needed for the scanner. Since keeping an antivirus up-to-date is critical for it to work properly there are two different ways to get this data: clamav-freshclam provides a way to update the database through the Internet automatically and clamav-data which provides the data files directly.
  • mailscanner an e-mail gateway virus scanner and spam detector. Using sendmail or exim as its basis, it can use more than 17 different virus scanning engines (including clamav).
  • libfile-scan-perl which provides File::Scan, a Perl extension for scanning files for viruses. This modules can be used to make platform independent virus scanners.
  • Amavis Next Generation, provided in the package amavis-ng and available in sarge, which is a mail virus scanner which integrates with different MTA (Exim, Sendmail, Postfix, or Qmail) and supports over 15 virus scanning engines (including clamav, File::Scan and openantivirus).
  • sanitizer, a tool that uses the procmail package, which can scan email attachments for viruses, block attachments based on their filenames, and more.
  • amavis-postfix, a script that provides an interface from a mail transport agent to one or more commercial virus scanners (this package is built with support for the postfix MTA only).
  • exiscan, an e-mail virus scanner written in Perl that works with Exim.
  • blackhole-qmail a spam filter for Qmail with built-in support for Clamav.

Some gateway daemons support already tools extensions to build antivirus environments including exim4-daemon-heavy (the heavy version of the Exim MTA), frox (a transparent caching ftp proxy server), messagewall (an SMTP proxy daemon) and pop3vscan (a transparent POP3 proxy).

Debian currently provide clamav as the only antivirus scanning software in the main official distribution and it also provides multiple interfaces to build gateways with antivirus capabilities for different protocols.

Some other free software antivirus projects which might be included in future Debian GNU/Linux releases:

FIXME: Is there a package that provides a script to download the latest virus signatures from http://www.openantivirus.org/latest.php?

FIXME: Check if scannerdaemon is the same as the open antivirus scanner daemon (read ITPs).

However, Debian will never provide propietary (non-free and undistributable) antivirus software such as: Panda Antivirus, NAI Netshield, Sophos SweepTrendMicro Interscan, or RAV. For more pointers see the Linux antivirus software mini-FAQ. This does not mean that this software cannot be installed properly in a Debian system

Network scanner tools in Debian / Ubuntu

Posted: November 30, 2009 in Debian

There are lot’s of network scanner for debian and ubuntu package.

You can use it and play around with it.

  • nmap
  • xprobe
  • p0f
  • knocker
  • isic
  • hping2
  • icmpush
  • nbtscan (for SMB /NetBIOS audits)
  • fragrouter
  • strobe (in the netdiag package)
  • irpas

While xprobe provide only remote operating system detection (using TCP/IP fingerprinting, nmap and knocker do both operating system detection and port scanning of the remote hosts. On the other hand,hping2 and icmpush can be used for remote ICMP attack techniques.

Designed specifically for SMB networks, nbtscan can be used to scan IP networks and retrieve name information from SMB-enabled servers, including: usernames, network names, MAC addresses…

On the other hand, fragrouter can be used to test network intrusion detection systems and see if the NIDS can be eluded by fragmentation attacks.

How to install :

aptitude install XXXXX

Asma Ul Husna

Posted: November 30, 2009 in 1, My live

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…”

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman – Maha Pemurah
3. Ar-Rahim – Maha Penyayang
4. Al-Malik – Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus – Maha Suci
6. As-Salam – Maha Penyelamat
7. Al-Mu’min – Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin – Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz – Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar – Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir – Maha Besar
12. Al-Khaliq – Maha Pencipta
13. Al-Bari’ – Maha Perancang
14. Al-Musawwir – Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar – Maha Pengampun
16. Al-Qahhar – Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab – Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq – Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah – Maha Pembuka
20. Al-^Alim – Maha Mengetahui
21. Al-Qabid – Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit – Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid – Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ – Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz – Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil – Maha Merendahkan
27. As-Sami^ – Maha Mendengar
28. Al-Basir – Maha Melihat
29. Al-Hakam – Maha Menghukum
30. Al-^Adl – Maha Adil
31. Al-Latif – Maha Halusi
32. Al-Khabir – Maha Waspada
33. Al-Halim – Maha Penyantun
34. Al-^Azim – Maha Agong
35. Al-Ghafur – Maha Pengampun
36. Ash-Shakur – Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy – Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir – Maha Besar
39. Al-Hafiz – Maha Pelindung
40. Al-Muqit – Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib – Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil – Maha Luhur
43. Al-Karim – Maha Mulia
44. Ar-Raqib – Maha Pengawas
45. Al-Mujib – Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ – Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim – Maha Bijaksana
48. Al-Wadud – Maha Pencinta
49. Al-Majid – Maha Mulia
50. Al-Ba^ith – Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid – Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq – Maha Benar
53. Al-Wakil – Maha Berserah
54. Al-Qawiyy – Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin – Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy – Maha Melinuingi
57. Al-Hamid – Maha Terpuji
58. Al-Muhsi – Maha Menghitung
59. Al-Mubdi’ – Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id – Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi – Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit – Maha Mematikan
63. Al-Hayy – Maha Hidup
64. Al-Qayyum – Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid – Maha Menemukan
66. Al-Majid – Maha Mulia
67. Al-Wahid – Maha Esa
68. As-Samad – Maha Diminta
69. Al-Qadir – Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir – Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim – Maha Mendahulukan
72. Al-Mu’akhkhir – Maha Melambat-lambatkan
73. Al-’Awwal – Maha Pemulaan
74. Al-’Akhir – Maha Penghabisan
75. Az-Zahir – Maha Menyatakan
76. Al-Batin – Maha Tersembunyi
77. Al-Wali – Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali – Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr – Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab – Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim – Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww – Maha Pemaaf
83. Ar-Ra’uf – Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk – Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram – Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit – Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ – Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy – Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni – Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ – Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr – Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ – Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur – Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi – Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ – Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi – Maha Kekal
97. Al-Warith – Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid – Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur – Maha Penyabar

(fadhilat di bawah dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10.”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12.”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13.”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14.”Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15.”Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16.”Ya Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. “Ya Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. “Ya Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. “Ya Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. “Ya ‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….

45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. “Ya Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. “Ya Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. “Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. “Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. “Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah….

60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. “Ya Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…

68. “Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.

72. “Ya Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. “Ya Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. “Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. “Ya Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. “Ya Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.

Gambar adik Rania Syaffia….

Posted: November 21, 2009 in My live

ahaks !!! Rania dah dapat adik..

dah besar anak papa ;p

Gambar adik Rania Syaffia….

1 jam lepas bersalin

1 jam lepas bersalin

Lepas bersalin

Lepas bersalin

My Lovely

My Lovely