Sejarah Unix & Linux

Posted: January 7, 2010 in archlinux, Debian, Freebsd, My live, Slackware

Sejarah Unix/Linux.

Unix dibangunkan dan hakcipta milik

AT & T Bell Laboratories.

http://www.bell-labs.com/

Pada tahun 1969

Ken Thompson, ahli kepada pasukan pembagunan

Bell Laboratories, telah menulis semula

“SPACE TRAVEL” daripada mesin GE-645 ke

mesin DEC PDP-11/20. Maka lahirlah Unix.

1970. Bell sanggup memberikan sumbangan kecil

jika applikasi memproses perkataan juga turut dibangunkan.

1973. Unix ditulis semula dalam bahasa C. Ia juga

mula diberikan kepada universiti. Untuk syarikat

dan kerajaan pula dengan bayaran minima.

1974. Unix edisi ke 4, menandakan penerimaannya

di Bell Labs.

1975. Thompson telah membawa Unix edisi ke 6 ke UC

Berkeley. Maka lahirlah BSD. Berkeley Software

Distribution.

http://www.bsd.org/

1978. Lebih 600 mesin menggunakan Unix. Kebanyakannya

di Bell Labs dan universiti.

1980. Microsoft keluarkan XENIX. Unix yang dibina

untuk komputer micro (komputer desktop).

1982. Unix System III dikeluarkan.

1983. Unix System V Release 1.

1985. Release 2.

1987. Release 3. Release 3.2 XENIX digabungkan.

1990. Release 4.

Sejarah penuh disini

http://www.bell-labs.com/history/unix/

Unix mempunyai pelbagai variasi yang dibangunkan oleh

pelbagai syarikat komputer. Antaranya AIX oleh IBM, HPUX

oleh HP, Sun Solaris oleh Sun.

Kepelbagaian jenis Unix ini menimbulkan pelbagai masalah

kepada pengguna. Namun begitu dengan wujudnya POSIX

http://www.ieee.org/ gunakan search cari POSIX

Yang menarik

http://standards.ieee.org/announcements/opengroup.html

perkara dapat diatasi dengan cara membangunkan applikasi

untuk Unix supaya ia boleh digunakan dipelbagai jenis

Unix.

Applikasi dibangunkan akan menurut standard yang telah

ditentukan. Pengguna hanya perlu “compile” semula applikasi

yang didapati.

5 Oktober 1991

Linux pula bermula dengan satu projek universiti oleh

Linus Torvalds yang bertujuan untuk membaiki satu OS

lain MINIX. Linus bertanggungjawab pada kernel Linux

dan kemudiannya mengajak beberapa rakan di Internet

untuk sama-sama membangunkan Linux.

http://www.linux.org/ atau http://www.linux.com/

Oleh kerana Linux mengikut standard POSIX untuk Unix,

maka pelbagai applikasi daripada Unix dapat dibawa

masuk ke Linux. Pelbagai applikasi ini memperkembangkan

lagi Linux dan kerana ia dibentuk dan dibangunkan untuk

PC dan chip INTEL maka ia lebih segera berkembang

mengikut perkembangan PC.

Dengan bantuan jurutera-jurutera pelbagai pembangun

Unix, secara rahsia atau tidak, mereka menyumbang

“driver” untuk pelbagai perkakas komputer.

Pada awal pembagunan mereka terpaksa “hack” perkakas-perkakas

ini kerana sukar bagi mereka untuk mendapat kerjasama

syarikat pengeluar perkakas.

Unix dan Linux adalah dua OS yang berlainan. Yang menjadikan

mereka sama adalah standard POSIX yang Linux ikut.

Ada yang menyatakan Linux adalah clone Unix. Namun begitu

persamaan yang banyak dengan unix menyebabkan ia diterima sebagai

keluarga Unix.

Kesimpulan. Moyang kepada Unix adalah Unix System V, pecahan

keluarga ke dua besar adalah BSD. (Lahirlah FreeBSD

NetBSD dan OpenBSD).

Namun begitu kita boleh lihat kepelbagai cara dan applikasi

Unix telah diambil daripada 2 keluarga ini dalam Unix ada

sekarang seperti AIX, HPUX dan Sun Solaris.

Lawat laman ini untuk melihat pelbagai variasi Unix.

http://www.ugu.com/

Linux sebenarnya adalah kernel OS Linux sahaja. Kernel

adalah engin sesuatu OS. (Haris akan cerita selepas

bab ini). Linux mempunyai

pelbagai pengedar atau Distrobution atau Distro. Yang sama

antara Distro hanyalah kernel Linux sahaja (mungkin beza

pada patch). Setiap syarikat tentukan sendiri apa cara dan

applikasi yang akan digabungkan sekali dengan kernel Linux.

Maka lahir Distro Redhat, Mandrake, Debian, Slakware dan

pelbagai lagi yang boleh peningkan mereka yang baru dengan

Linux.

Jangan pening. Distro adalah Distro. Anda tetap akan

dapat “command line” yang sama dan X yang sama.

Anda boleh fahamkan begini, bagaikan sebuah kereta proton

yang setiap pengedar akan meletakkan pelbagai accessories

untuk membuat ia lebih menarik dan mahal. Hakikatnya ia

masih kereta proton. Engin 1.3 cc dengan gear 5 kelajuan.

X pula adalah engin kepada GUI Unix dan Linux. X dibangunkan

sezaman dengan Unix. Seperti juga konsep kernel Linux.

X server umpama kernel kepada GUI Unix/Linux.

Windows Manager pula adalah apa yang kita nampak pada “screen’

komputer”. KDE, Gnome dan Sawmill adalah contoh Windows Manager.

http://www.x.org/

http://www.xfree.org/

CREDIT TO hizb@hizbi.net

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s