Apa itu IPV6?

Posted: June 8, 2010 in My live

Apakah itu IPv6?

IPv6 adalah merupakan Protokol Internet Generasi Hadapan (next generation Internet Protocol) yang telah diwujudkan untuk menggantikan protokol sedia ada iaitu IPv4 selain menjadi initiatif untuk menaiktaraf Internet secara keseluruhan. Tujuan utama IPv6 diperkenalkan adalah untuk menangani masalah kehausan alamat IPv4 yang dihadapi sekarang.

Apakah perbezaan IPv6 dan rangkaian Internet masa kini?

Alamat IPv4 adalah bersaiz 32 bit manakala IPv6 pula adalah bersaiz 128 bit. Perumpamaan bagi perbezaan saiz alamat IPv4 dan IPv6 adalah seperti perbandingan antara sebiji bola golf (IPv4) dan matahari (IPv6). Menggunakan IPv6, Internat akan berupaya untuk berkembang menjadi lebih besar (berjuta kali ganda) berdasarkan saiz, pengguna, peranti dan objek yang bersambung denganya. Ciri IPv6 yang memperkenalkan ‘extension headers‘ telah memberikan keupayaan pada protokol tersebut untuk melakukan pemprosesan yang lebih efisyen. IPv6 juga menyokong Quality of Service (QoS) yang memberikan pengendalian istimewa bagi sesetengah jenis paket. Pengunaan IPSEC dalam IPv6 juga dapat meningkatkan ciri keselamatan.

Apakah perbezaan yang akan dirasai oleh pengguna biasa melalui penggunaan IPv6?
Penggna biasa tidak akan merasai sebarang perubahan yang ketara dalam penggunaan Internet. Perbezaan yang mungkin dirasai adalah dalam penggunaan communication services seperti VIOP dan Persidangan Video. Protokol baru ini berkemungkinan besar akan memberikan impak yang ketara kepada Penyedia Perkhidmatan dan Organisasi yang melakukan pelaksanaan secara menyeluruh.

Apakah kelebihan IPv6?
IPv6 mempunyai pelbagai kelebihan namun yang paling penting merupakan keupayaan protokol tersebut untuk memberikan alamat IP yang lebih besar. Jumlah alamat IP yang besar ini akan membolehkan Internet berkembang dengan lebih besar dan pesat untuk menampung keperluan semasa dan akan datang.

Adakah IPv6 backward compatible (berkeupayaan untuk berfungsi dengan IPv4)?
Tidak dapat dinafikan bahawa IPv6 adalah tidak backward compatible dengan protokol sedia ada dan ini telah mempengaruhi pelaksanaannya. Namun begitu, terdapat pelbagai mekanisma yang telah dibangunkan untuk membolehkan IPv6 digunakan dengan protokol sedia ada. Namun begitu, objektif tertinggi pelaksanaan IPv6 adalah untuk menggunakan IPv6 sepenuhnya di seluruh dunia.

Apakah kos infrastruktur yang terlibat? Adakah Malaysia bersedia untuk menghadapinya?
Terdapat pelbagai kos yang terlibat dalam pelaksanaan IPv6 termasuk perkakasan, perisian dan latihan. Kaedah yang paling baik adalah untuk melakukan transisi IPv6 semasa melakukan upgrade cycle yang telah dirancang, contohnya pertukaran perkakasan setiap 5 tahun. Adalah tidak digalakkan untuk melakukan perolehan perkakasan semata-mata untuk memenuhi keperluan IPv6 melainkan ia amat diperlukan. Kaedah ini akan dapat menjimatkan kos secara keseluruhan.

Adakah IPv6 akan menukar bagaimana laman web direka dan diproses, perlukan sebarang coding semula dilakukan?
Jawapanya amat mudah iaitu Tidak. Hanya aplikasi web yang melibatkan penggunaan IP sahaja mungkin memerlukan perubahan terhadap pengaturcaraannya.

Apakah implikasi terhadap sistem pengoprasian sedia ada seperti Windows XP, Vista, 7, Linux distros, Mac, dll? Perlukah sebarang konfigurasi semua dijalankan?
Windows Vista, Mac OS X Panther dan Linux 2.6.12 dan versi selepasnya telah dilengkapkan dengan keupayaan IPv6. Pelaksanaan IPv6 pada sistem pengoperasian sekarang hanya memerlukan konfigurasi yang minima.

Apakah initiatif yang dijalankan di Malaysia dalam pelaksanaan IPv6?
Di Malaysia, pihak Kerajaan mengambil initiatif yang serius untuk memastikan Malaysia tersedia IPv6 pada 2012. Untuk merealisasikan harapan ini, pihak Kerajaan telah menetapkan bahawa Sektor Awam harus tersedia IPv6 pada 2011. Pihak industri juga telah disarankan untuk memastikan ketersediaan IPv6 mereka untuk memastikan hasrat Kerajaan tercapai. Pihak ISP juga sedang berusaha untuk menepati garis masa yang ditetapkan untuk memastikan perkhidmatan IPv6 dapat dibekalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s