CARA-CARA TERTIB MENARIK KENDERAAN – TARIK KERETA PART 1

Posted: April 17, 2012 in My live

MENARIK BALIK KENDERAAN BERMOTOR

Sebagai penyewa, anda hendaklah memastikan bahawa ansuran bulanan dibayar mengikut jadual. Syarikat kewangan boleh menarik balik kenderaan bermotor yang disewa kepada anda bila:
•    Anda ingkar membayar dua ansuran berturut-turut atau ansuran terakhir

•    Jika penyewa meninggal dunia, keingkaran berlaku untuk empat ansuran berturut-turut

SIAPAKAH YANG BOLEH MENARIK KENDERAAN BERMOTOR ANDA?

Biasanya syarikat kewangan akan melantik penarik yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat- Syarikat Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor. Sebelum menarik balik kenderaan bermotor, penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan yang membenarkan penarik mengambil kenderaan bermotor tersebut. Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan bermotor anda.

PERILAKU PENARIK

Penarik haruslah menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas menarik kenderaan bermotor daripada anda. Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia telah mengeluarkan “Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Perilaku Penarik” untuk dipatuhi oleh penarik dan untuk melindungi kepentingan penyewa. Di antara peraturan tersebut adalah seperti berikut:
•    Penarik hendaklah menunjukkan kepada penyewa Perintah Penarikan dan kad kuasa yang diberi oleh syarikat kewangan sebelum menarik kenderaan bermotor
•    Mereka yang ditugaskan untuk menarik kenderaan bermotor hendaklah seminimum mungkin, melainkan dalam keadaan yang memerlukan kumpulan yang lebih ramai
•    Penarik hanya boleh memasuki premis dengan izin penghuninya atau penyewa kenderaan bermotor itu sendiri
•    Penarik hendaklah kelihatan profesional dan bertindak secara profesional

•    Bertindak secara kekerasan dan paksaan adalah dilarang sama sekali

•    Penyewa hendaklah diberi masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barang-barang peribadi daripada kenderaan bermotor yang akan ditarik

•    Selepas kenderaan bermotor ditarik, penarik hendaklah membuat laporan polis dengan serta-merta dan membawa kenderaan bermotor tersebut ke tempat yang diarahkan oleh syarikat kewangan terbabit

Sekiranya penarik melanggar peraturan di atas, anda boleh membuat aduan kepada syarikat kewangan terbabit atau kepada Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.

SEBELUM KENDERAAN BERMOTOR DITARIK

Syarikat kewangan anda seharusnya telah menghantar notis-notis berikut:
•    Notis Jadual Keempat. Ini adalah merupakan notis bertulis 21 hari yang menyatakan hasrat syarikat kewangan untuk menarik kenderaan bermotor
•    14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat, notis kedua akan dikeluarkan untuk memberitahu anda bahawa syarikat kewangan berhasrat untuk menarik kenderaan bermotor selepas luput notis Jadual Keempat

Catatan: Sila ambil perhatian bahawa menurut Akta SB, notis akan dihantar oleh syarikat kewangan itu sendiri atau melalui pos berdaftar ke alamat terakhir yang diketahui.

Advertisements
Comments
  1. Sharmavi says:

    Ingin saya tanya, bekas suami saya telah bawa lari kereta saya dan telah membayar bayaran kereta beberapa bulan. setelah di bawa lari, saya telah buat beberapa aduan polis dan memanggil pihak bank sebab ingin tarikbalik kereta. tetapi jwpn yg diberikan oleh pegawai bank ialah, kami tidak boleh buat ape pe sebab byran clear..tetapi skrg tiga bulan dia tak bayar saya dpt notis buat bayaran yang tertunggak atau dia akan menarik kereta. Bila saya call pihak bank, dia suruh saya menulis surat untuk menarik kereta? kenapa saya mau bagi surat lagi bila saya sudah ade banyak aduan polis menyatakan kereta saya di bawa lari dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa apa masalah. dan jika saya menulis surat untuk menarik, ada kah pihak penarik kereta akan menunjukkan surat tersebut kepada bekas suami saya? tolong jawab. saya buntu.

    • jojo says:

      Kalo ade repot polis tunjukkan lokasi kenderaan anda dan penarik yang berdaftar boleh menarik kenderaan tersebut.lepas itu boleh la berbincang tentang upahnya pula.

  2. wandy says:

    Salam.kereta sy kena tarik dikawasan hospital selayang.dipark dalam hospital.1jam kmudian sy kmbali guard park hospital bg surat kata kereta kena tarik.tp masalah sy skrg.tertunggak 2bulan…dan pihak bank xmaklum apa2 mau fon @surat.sbb dia katakan sy perlu jelaskan rm90 sblm jd tggkn 3bln…sy buntu sbb sblm ni bank akan berutahu dan akn tny tempoh.jd mcmna sy skrng.

  3. Conversation started today
    Izanoriza Binti Ab Rahim
    11:30am
    Izanoriza Binti Ab Rahim
    Salam,
    harap sgt dpt membantu…tolong baca salinan laporan polis sy n….
    Pada Ogos 2012, saya telah menyerahkan sebuah kereta wira berwarna hitam bernombor pendaftaran MBD 3415 (milik saya) kepada Mohd Shaiful Haizan Yaakob melalui adiknya. Melalui perjanjian mulut menerusi telefon, Mohd Shaiful berjanji akan menyambung bayaran ansuran kereta tersebut kepada Public Bank sebanyak RM576 sebulan sehingga tamat iaitu pada Februari 2014. Walau bagaimanapun sehingga Jun 2013, beliau gagal menyelesaikan tunggakan kereta tersebut seperti yang dijanjikan. Pada 4 Julai 2014,saya telah mengambil tindakan untuk mengambil semula kereta tersebut melalui seorang kenalan yang bekerja sebagai penarik kereta iaitu Mohd. Sadri, di mana Mohd Sadri ingin membantu saya untuk menjualkan kereta tersebut. Semasa urusan tersebut dijalankan, Mohd Sadri telah meminta bayaran sejumlah RM500 sebagai upah yang didepositkan ke dalam akaun CIMB 05160008540524 bernama Mohd Alif pada tarikh yang sama untuk membawa kereta tersebut dari Kem TUDM Butterworth (tempat kerja Mohd Shaiful Haizan Yaakob) ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, saya telah dimaklumkan oleh Mohd Sadri yang kereta tersebut telah dilarikan semula oleh Mohd Shaiful Haizan Yaakob ke Butterworth seminggu selepas itu. Apabila saya meminta kepastian Mohd Shaiful Haizan, beliau menafikan dakwaan tersebut sebaliknya beliau juga telah membuat laporan polis bahawa kereta itu telah ditarik oleh penarik kereta.
    Saya membuat laporan ini adalah kerana tidak tahu siapa di antara Mohd Shaiful Haizan atau Mohd Sadri yang menyimpan kereta saya sehingga kini. Saya juga mengesyaki mereka secara berpakat atau tidak cuba untuk menipu saya. Saya juga ingin memastikan kereta saya dapat semula untuk diserahkan kepada Public Bank. Sepanjang tempoh ini saya tidak mahu menanggung risiko jika berlaku apa-apa kesalahan jenayah atau saman yang melibatkan kereta saya.
    Butiran yang saya ketahui tentang kedua-dua individu ini adalah seperti berikut:
    Individu 1:
    Nama: Mohd Shaiful Haizan Bin Yaakob
    Pekerjaan: TUDM
    Tempat Tinggal: Kem TUDM Butterworth, Pulau Pinang
    Nombor telefon: 017-5023087, 01111224379
    Individu 2:
    Nama: Mohd Sadri
    Pekerjaan: Penarik Kereta
    Tempat Tinggal: Seremban
    Nombor telefon: 018-2763217, 013-6850360
    MASALAH SAYA SEKARANG MCM MANA SY NAK BUAT?
    SAYA DA WAT REPORT..TP MASIH X MEMBANTU. ENCIK BOLEH HUBUNGI SAYA 0166156320. REPORT DI ATAS SAYA TAIP DAN SY SURUH POLIS TU COPY SAJE. SALINAN ASAL REPORT ADE PD SAYA. TOLONG LA ENCIK..SY KENA BAYAR PD BANK RM15000 LAGI SEBB KETA TU…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s