Perbezaan antara hulu Tajong dan Pekaka

Posted: October 23, 2014 in My live
Tags: , , , , , , , , ,

MAAF bertanya apakah perbezaan antara hulu Tajong dan Pekaka?

Keris tajong atau keris pekaka ( hulu yang menyerupai kepala burung raja udang ) adalah berasal daripada Pattani. Keris ini mempunyai 3 variasi hulu yang dikenali sebagai hulu coteng, hulu bangsa agung dan hulu tajong.
Hulu coteng merupakan variasi awal kelahiran tajong, hulunya masih mempunyai ciri2 figura kepala dewa berparuh, mempunyai tangan yang jelas dan duduk bersimpuh di atas kelopak bunga teratai. Manakala bagi hulu bangsa agung dan tajong yang telah mengalami evolusi dengan kefahaman masyarakat pada waktu itu mula mendalami Islam, bentuk tangan dan kaki mula dikaburkan sedikit, perbezaan antara hulu bangsa agung dan tajong terletak pada panjang leher dan bongkok sabut hulu tersebut, hulu bangsa agung lebih panjang dan bongkok berbanding dengan hulu tajong.
Hulu bangsa agung melambangkan pangkat yang lebih tinggi, lebih ‘tua’ dan ‘masak’. Manakala bagi hulu tajung untuk pembesar yang ‘muda’ atau orang bangsawan.
Nilai tajong ditafsirkan kepada kehalusan dan kedalaman ukirannya, lagi halus dan dalam ukirannya, maka lagi sulit untuk menghasilkannya. Motif yang digunakan adalah motif langkasuka, sulur kacang dan pucuk pakis. Bagaimanapun terdapat juga motif2 baru yang diilhamkan oleh tukang ukir kreatif.
Jenis kayu yang digunakan untuk membuat hulu juga amat dititik beratkan, ini kerana untuk menghasilkan senjata yang boleh dibawa berperang, maka kayu yang tahan kepada cuaca, air masin, dan tahap kekerasan amat penting. Paruh hulu tajong boleh digunakan sebagai penyanga, menikam, mengunci pergelangan / leher musuh.

IMG-20141017-WA0011

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s